Webinar Teknologi Kesihatan Bantu Kita Sihat Atau Buat Kita Lalai
17 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 16 Januari 2026, seorang peserta telah mengikuti Webinar Teknologi Kesihatan Bantu Kita Sihat Atau Buat Kita Lalai yang diadakan secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai peranan teknologi dalam penjagaan kesihatan serta kesan positif dan negatif penggunaannya dalam kehidupan seharian.
Sepanjang sesi webinar, peserta didedahkan kepada cara teknologi kesihatan seperti aplikasi pemantauan aktiviti fizikal, alat pengukur tekanan darah dan peranti pemantauan tidur boleh membantu meningkatkan kesihatan individu. Penceramah juga membincangkan risiko ketagihan teknologi atau penggunaan yang berlebihan yang boleh menyebabkan kita lalai terhadap gaya hidup sihat sebenar.
Selain itu, peserta turut terlibat dalam sesi soal jawab ringkas bagi meningkatkan kefahaman terhadap topik yang dibincangkan. Program ini diharap dapat membantu peserta menggunakan teknologi kesihatan dengan bijak serta menggalakkan amalan gaya hidup seimbang dan sihat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: